Tuesday, 16 August 2016

Next Project

Assalamualaikum 

and Hello ! 

since malam malam aku aktif , so just nak update sikit my next project ^^. Actually bukan project sangatla .. Cuma lately ni aku ada main satu game app ni, and i became very addictive. Jadinya , aku nak buat satu slot khas (konon mcm big project la tu hahaha) di mana aku akan buat game review. Haaa , since aku ni suka main game , aku rasa mcm best gak kan.

Tapi ALERT ! 

Jangan la expect aku nak review game tembak tembak ke , GTA ke , bola ke.... NOOOOOOO. Aku ni suka main game yg cute cute je . Hahaha, So aku bagi teaser sikit for next big update , makan masa sikit aku nak buat slot ni. Sebabnya aku akan share sikit tips tips game ni. Haaaaa 


ni la game yang aku cakapkan tadi. Sape dah penah main , teruskan :)

 OK . See u gais next post . tu je update yang aku nak bgtau .Good Night uolsssss :*

Nak Download? (make sure gambar game tu mcm kat atas tu)

IOS -> Pegi App Store -> Search MY CAFE -> install

ANDROID ( sorry x tau ada ke tak , for those yang tahu inform me !:) )

The Writer ,
Amirah Azemi 

Friday, 12 August 2016

Hari Konvokesyen

Assalamualaikum 

sebenarnya aku dah tulis panjang dah tadi , tapi disebabkan aku rasa mcm pelik je aku punya cerita, plus ada yg aku lupa . Yelah , dah 8 bulan kan berlalu , so aku rasa aku pendekkan je cerita aku. okay ?

Konvo : 17.11.2015

Dua hari sebelum...
Mcm biasalah kalau dah namanya buddies , kemana saja bersama . haa gitu. So trip konvo kali ni aku gerak dengan dibah & yasmin. Hari sabtu (14.11.15), dibah dtg tidur rumah. Ahad baru gerak straight pegi Hotspring Sg Klah , Sungkai . Odway , ambik yasmin dekat hentian Rawang. Aku xde la nak cerita byk pasal kat horspring ni , sebb yelah nama pun hotspring kan , ape yang kau orng expect?  kitorng cari makan , singgah wingzone semua ... and malam tu kitorng stay satu malam dekat Hotel Kawan. Hotel ni area pekan tapah tu je. sederet dengan 7e. 

Satu hari sebelum...
The next day , kitorng check out awal , since pagi tu kitorng kene settlekan pengambilan jubah dekat SI. Disebabkan aku x tau sgt jalan ke sana , jadi kitorng keluar awal lah.. Dari tapah ke sri iskandar , boleh kata jauh gak la. Dalam 30-45 minit rasanya.. Nak ke SI ni, korng kene masuk lagi kedalam lepas korang smpai gopeng. Kalau ikut jalan yg aku guna, kau orng kene lalu depan Kellie's Castle. 
Disebabkan kitorng dah ambil jubah pagi tu , kitorng terus buat photoshoot ala ala pre grad la kononya. hahaha konon laa. So ni gamba sikitla aku tunjuk, hanya menggunakan camera phone sajo. haha...

konon nak lambung topi , haha
team photoshoot tgh panas
Dah habis photoshoot kat sini , dalam tengahari gak ar habis. haha. terus pegi SI balik sebab kami ni kan budak baik , jadi pegi la rehearsal....dah habis semua tu hujan pulakkk. Basah habis semua. Lepas tu pegi tesco rasanya , terserempak dgn makcek linda.. Dia dgn kawan dia.. Kitorng gi sana sebb ape ek~~ cari makan la .. ape lagi.. Masuk tesco tu saje je pusing pusing , last last makan kat salah satu kedai makan kat deretan kedai kedai yg banyak tu. Alaa tmpt dia tu mcm ala ala Nilai tu. Haaa kat situ la....Then parent dak min mai fetch dia kat sini... Lalu aku dan dibah pun meneruskan makan.. Habis semua , aku hantar dia kat hotel yg dia stay malam ni. 

Aku stay lain hotel dengan dia..kitorng tak sama sebb , hotel penuh. Aku smpai hotel nak maghrib gak ar.. Pastu tunggu abah smpai, since aku 'penakut' nak naik bilik sorang... Lagipun abah yg nak check in kan, so kene la tunggu.. Ma? Dia dtg esok. Esok pagi abah ambik kat ktm bidor. Bidor ek? bidor la kot haha... So dlm 8 mcm tu abah smpai , terus check in. Pastu lepak billion jap teman abah makan. Aku stay kat d'Hotel Sri Iskandar.. Hotel ni bergabung dgn Billion. Kiranya macam satu bangunan besar ar.. Ramai gak bebudak grad duduk situ... 

Soooooooo , aku terus ke hari esok jela ek ? ok jom.

Hari Kejadian...
Kau rasa apa aku rasa pagi ni? Nervous ada,happy ada. macam macam weh aku rasa. Well ,eventhough baru konvo diploma... Sape tak bangga woiii! haha. So pagi tu after mandi semua , disebabkan kitorng dpt voucher breakfast free, jadinya aku dgn abah turunla ke dining hall dia... Smpai smpai je , aku dgn abah antara terawal beb! haha , hebat . Lapar punya pasal , aku makan je semua tanpa hirau orang sekeliling, haha... After makan , aku naik bilik siap siapkan baju jubah semua, Abah dia pegi ambik ma kat ktm...Aku pun naik bilik siap siapkan baju aku since aku punya sidang petang 2.30 x salah. Tapi kene ready kat sana awal... Ma smpai dlm pukul 11 something macam tu.. Guess what? Dia sempat menyoping kat Billion beli tudung .HAHA . Katanya baju dia bawak xde tudung yg sesuai . Adoiiii. Ma ma. hahaha dah faham dah perangai dia tu.... 

Aku x tau la kenapa masa nak siap tu aku rasa macam tak sempat je... Aku kelam kabut gila nak siap..Padahal dah lambat dah ni .. Aku boleh lak nak buat decision iron tudung lain. Pastu ma marah terus senyap aku. HAHA. so , terima jelah ape yg ada time tu....Then straight pegi dewan besar SI... Since kitorng dah lambat , jadinya parking yg dekat dekat xde... kenela park kete jauh sikit... adoiii.. dahla panas kann. memang mandi peluh la aku ... dengan heels lagi...husihhhhh... Kesian ngan abah ma la kene jalan jauh...

Aku terus pegi dewan besar di mana kami graduan kene berkumpul ni. Aku cakap dgn abah ma , masukla dewan dulu, sana sejuk.... aku cari dak dibah...so kitorng snap! snap ! sikit... hahaha and that time jugak aku jupa fadh(short for Fadhilah) :) kawan maktab yg almost 5 tahun x jumpa wehhh 


mana tak panas, habis aku tibai baju hitam (nampak tak peluh aku dah menjeguk tu)-_-'
housemate merangkap classmate merangkap mate mate kesayangan :*

Then dalam pukul 2 rasanya dah dipanggil berkumpul semua, lalu bermulalah perjalanan majlis konvo aku... dada lalala ~~~ part ni aku x yah cite lah ek..HAHA

finally , graduate from UiTM , Diploma in Accounting Sytem


but Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yg dirancangkan. Nasib baik habis majlis tak hujan , sebab waktu ni tengah musim hujan,,, Tapi dgn rahmat Allah , cuaca sangatlah baikk.. So aku dgn dibah ambik ambik sikit gambar kenangn (yg lain aku x tau dah kat mana) , then mcm biasa gamba wajib setiap kali orang konvo .. Alaaa gamba mcam formal tu , yg ni aku ambik dengan parent aku la.. hehehe.   
tq abah ma for everything :* (tamak smpai dua bunga)
Dengan ini , tamat diploma aku dgn kelas ________ . RAHSIA ! HAHA.

Disebabkan aku ada kelas pada hari khamis , aku kene gak balik esok. So no berjimba dah kat perak ni. Tapi malam ni aku stay sorang sebb ma keje esoknya.. Jadi abah balik dgn ma , aku duduk sorang mcm raja dalam bilik (padahal aku tidur smpai tak terjaga esoknya) . 

Pagi Rabu aku chow awal awal dlm pukul 8 gitu , kononnya nak singgah wingzone... Malangnya aku ni pandai sgt x tgk kedai bukak pukul berapa .. hahaha smpai smpai je tutup lagi . HAHA. padam muka. So dengan rasa sedih hati , aku terus la drive balik KL. Kononya nak straight balik Lendu , tapi aku malas ... pagi pagi khamis baru aku gerak..


So tamatlah cerita konvo aku... hahaha .. kat perenggan awal tu aku kata nak cerita pendek je kan, tapi tulah bila aku dah start tulis ni, x reti nak stop  dah. Dengan ini , aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang secara langsung atau tak langsung yg pernah tolong aku , tolong doakan kejayaan aku.. Again thank you very much , without u guys , i was nothing :*Dan sekarang aku dah pun sambung dalam degree and Alhamdulillah dalam bidang akaun jugak 



The Writer ,
Amirah Azemi 

Wednesday, 3 August 2016

Apa dah jadi dengan aku ?

Assalamualaikum 

Selamat tengahari , apa khabar sihat ?

Rasanya dah lama dah update kan. Berhabuk tahap rumah tinggal dah ni. takpe takpe. Aku sebenarnya memang nak update selalu pun , tapi itula malas kan. Patutnya sekarang ni aku kena masak untuk tengahari , tapi tadi aku dok ubah sikit kat blog aku ni .. so alang alang , post ar satu kan. Alang alang kan. Jadi aku nak 'bersih' kan sikit blog aku , which aku delete entry lama yg aku rasa tak matang .. yang aku tinggalkan entry pasal travel, resepi dgn food hunting je. Jadi insha Allah , aku akan start meng'update' balik mana yang sepatutnya aku update. Banyak dah tempt aku travel yang aku tak post , banyak jugak resepi aku yg aku x sempat share , and byk jugak tempt tmpt makan aku dah hunting dan aku x share dgn korang. So , why not aku share balik since aku tgh cuti semester jadi penanam anggur sejati kat rumah. btw, aku dah degree sekarang , jadi hutang lagi cerita graduasi aku . haaaa betapa byknya yg aku x kongsi. takpe satu satu inshaAllah aku buat post nyaa. Okay la ini je aku nak bgtau dulu. nnti ptg ptg kang kalau aku ada masa , aku cite start dari graduasi aku okay :)



notakaki: eh ada cadangan tak tempat makan best kat kl ? Lapar pulak aku 

The Writer ,
Amirah Azemi 

Saturday, 3 January 2015

Recipe : Egg Benedict (Breakfast Western Dish)

Assalamualaikum 

*schedule post

(post lama gak , jadi malas nak edit)

Resepi kali ni untuk breakfast atau sarapan pagi . Tapi time aku buat ni aku bedal makan malam. Ada i kesah ke. haha. terus la aku terangkan resepi k. Maleh nak putar belit kan lidahkan ni . Okay , dah ready ? Set go !

Bahan-bahan


Bahan tapi bukan kuantiti yang sebenar, Nanti kat bawah aku listkan

Bahan Bahan

6 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu
2 btg sosej atau udang atau apa-apa saja utk inti
Lada dan garam secukup rasa
Cheese utk topping.

Cara Cara


1.Letakkan sekeping roti ke dalam pan muffin. (resepi ni kalau korang guna pan muffin yang ada 6 bulat tu tau)

2.Bancuh susu dan telur.
3.Masukkan inti, sosej, tuang ke dalam roti dan tabur cheese. 
4.Bakar suhu 170 selama 20 ke 30 min atau sampai masak

*note: suhu dan timer bergantung pada oven masing-masing ya*


credit : found on someone fb *no link. sorry .
 

The Writer ,
Amirah Azemi 

Friday, 2 January 2015

Recipe : Rainbow Cookies (Lidah Kucing)

Assalamualaikum 

*schedule post

Last week (post lama , so aku malas nak edit) , i was started my bussiness of selling this rainbow cookies. Very delicious , crispy and most importantly very rainbow lah . haha . Cuma nak share resepi ni , and for those yang nak try silakan . Ini adalah original resepi yang aku ambik dari kak ita , blog masam manis tapi aku olah guna ayat aku , biar engkorang faham ye *link at the end of this post . Simple resepi , tapi memerlukan kesabaran . 

Firstly , mesti ada loyang lidah kucing tu sendiri . If takde , korang boleh guna cupcake liners tu as base atau acuan lahh. haa. Currently aku dah ada loyang sendiri , tapi dulu aku pakai cupcake liners je. Okay now lets see the recipe . Dan disebabkan aku dah meniagakan biskut ini , aku akan bagi tips sikit macam mana nak dapat result yang cantik cun melecun !


Bahan-bahan : 

250 grm mentega (aku pakai westgold punya , less salty)

175 grm gula kastor

100 ml putih telur (anggaran 3 biji telur medium size)
200 grm tepung gandum
50 grm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (fungsi : merangupkan biskut)



Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru (any colour do you like , and kalau nak hasil yang cantik , guna pewarna jenis paste *lawa tapi mahal,hehe )

Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega.




Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum , tepung jagung dan emplex tadi dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Masukkan butter dengan gula kastor tadi dalam satu mangkuk dan putar guna any mixer yang korang pakai *aku guna hand mixer je . Korang putar sampai gula dengan butter dah sebati and warna dia macam pucat pucat then texture dia soft *tips pertama
  3. Then masukkan sikit demi sedikit putih telur tu tapi sebelum tu ikut arahan ni. Buat lubang dekat mixture tadi , then letak mixer korang kat tengah tengah dalam lubang tu then sambil tuang putih telur sikit sikit *tips kedua . Okay step ni untuk dapatkan texture dia fluffy gitu . Repeat sampai habisla putih telur tu .
  4. Orite step ni just pakai spatula sahaja. Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam mixture . Kaup kan je smpai sebati . Bahagikan aktiviti masukkan bahan kering at least tiga kali *tips ketiga . Ini untuk memastikan bahan korang tu sebati sebatinya . 
  5. Dah sebati semua , time for adding some colours to it ! Part ni senang je kan . Bahagi adunan kepada enam bekas , make sure sama rata adil dan saksama . Then masukkan pewarna . Selalunya aku guna 3-4 titik sahaja . Tapi depends kat korang nak colour tu gelap ke , cerah ke , terang ke , lembut ke. Dah sebati masukkan dalam piping bag atau plastik bag yang berasingan .
  6. Dan sekarang pre-heat kan oven korang to 150 C . 
  7. Sementara oven dipanaskan , barulah start piping dalam acuan . If korang nak biskut tu comel , piping halus halus je tau . Tapi kalau nak panjang panjang , lebar-lebarkan lah korang punya cara piping tu *tips keempat
  8. Antara step terakhir , dah siap piping semua , marilah kita memasukkan kan loyang tadi kedalam oven . Bakar pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit . Depends jugak dekat kuasa oven korang . Awas , jangan lebih bakar , nanti rainbow menangis .
  9. Bila dah dikeluarkan , make sure your cookies have plenty time to cool , and bolehla korang simpan dalam bekas kedap udara .


Ni contoh cara aku piping.



Okay dah siap dah biskut pelangi yang sedap lagi gorgeous ni . Hehe 





credit : Kak Ita 

p/s : total ada 4 tips aku kasi . Bolehla amalkan :)
The Writer ,
Amirah Azemi 

Wednesday, 21 May 2014

Recipe : Apple Pie Pastry

Assalamualaikum 

Sebenarnya untuk recipe kali ni , aku tengah tengok food network punya channel . Tetibe dia buat mini apple pie. Jadi gua pun terliur la cite dia. terus cari recipe , beli barang , esok harinya jugak aku buat  so alhamdulillah semua puji i punya pie *winkwink.

Kali ni aku share resepi apple pie pastry , so lets cekedaut . Original resepi boleh dapat kat link bawah post nanti . 



Bahan-bahan untuk inti apple
2 biji epal hijau (aku hentam keromo je pakai epal merah)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar penuh mentega
Secubit garam

1 pack puff pastry jenama KAWAN-saiz 4inci x 4inci (bukan semua pakai , dalam 4-5 keping je)
1 kuning telur, untuk menglis


Cara-cara

Inti Epal :- 
  1. Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu (kalau nak sedap korang dadukan kecik kecik), rendam dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk. Okay , masak epal korang tadi dalam 3-5 minit sampai jadi layu . Then masukkan serbuk kulit kayu manis , gula perang dengan garam tadi . Gaul bagi rata dan masak lagi dalam 5 minit smpai epal lembut . 
  2. Utuk memekatkan sos inti epal ni , korang masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan gaul sampai rata . Dah sebati , tutp api , biarkan sejuk dan ketepikan . Nak masuk peti ais pun boleh jugak , takde masalah.
Puff Pastry :- 
  1. Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya sebagai pelapik. Then kalau ikut cara aku , aku rollkan sikit guna kayu penggelek . The baru masukkan inti tadi dekat pastry tadi dalam dua camca teh .Pastu kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan korang tekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.
  2. Sapu dengan kuning telur dan taburkan sikit campuran serbuk kulit kayu manis dgn gula *untuk dapatkan shell yang ranggup. Dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20-25 minit.  
  3. Sejukkan dulu baru boleh ngap makan , omonomonom .
*takde gambar . aku dah delete . Sorry yee
credit : Dapur Tanpa Sempadan    


p/s : ini antara resepi paling simple . Jom try . Nanti boleh kongsikan bersama :)
The Writer ,
Amirah Azemi 

Tuesday, 20 May 2014

Food Hunting : Dubu Dubu Restaurant

Assalamualaikum 

Untuk entry kali ni , aku nak cerita sikit tentang restoran korea yang aku baru try dalam dua minggu yang lepas. Kali ni aku teman adik sedara aku pegi rumah sewa dia sebenarnya . Then sementara nak tunggu pukul empat , kitorng singgah Times Square dulu . Pusing pusing , then masuk Cosmoworld lah cerita dia . 

Dalam pukul 2.30 lebih kurang kitorang cari tempat untuk lunch . Adik sedara aku cadangla nak makan makanan korea dekat tingkat 4 tak salah aku lah. Nama kedai dia Restoran Dubu Dubu . Ada banyak jenis makanan korea yang ada dalam list menu . So ini makanan yang kitorang pilih.


ni kedai dia. so korang bolehla cari.
Chicken Bibimbap
Chicken Bibimbap ni campuran sayur , nasi , ada telur , lauk. Lauk dia based on apa yang korng pilih . it either chicken or beef. tapi untuk bibimbap yang adik aku pilih adalah chicken bibimbap . not bad . rasa mcm makan nasi campur . Cuma different dia , nasi korea ni dia mcm sticky sikit. Tak salah aku nasi , diorng guna nasi pulut . kot la. haha.

Seafood Soondubu Jigae
Orite yang ni pulak adik sedara aku punya pilihan. dia ala ala nasi dengan tomyam la. Tapi not bad . sebab dia punya 'tomyam' tu sedap sangat. Korea kalau makan , diorng mesti akan letak side dish . diorng bagi tiga side wish . Yang wajib mestilah kimchi , pastu ada toge dgn macaroni. Tapi bagi aku , aku x bole terima kimchi sebab rasa dia masam masam . 

Spicy Seafood Ramyeon
Untuk aku , aku pilih yang aku rasa boleh kena dengan lidah aku . Takut order pelik pelik kang tak makan . Bazir . Ramyeon ni sama macam maggi instant yang korng selalu makan tu la. Cuma beza dia , ada letak seafood . Ni aku nak bagi satu tip kalau korang order Ramyeon ni , makesure smpai je makanan atas meja , terus makan. Memang panas tapi makan waktu panas panas lagi sedap . Kalau lambat nanti ramyeon tu kembang , dan jadi sangat x sedap. Dish ni pun dia bagi side dish yang tiga tu.

Cheese Toppokki
and last sekali , aku order addition dish which is Cheese Toppokki . Toppokki ni dia kek beras atau ' rice cake ' . Rasa dia mcm makan onde onde cuma Toppokki ni lebih kental . kalau tengah panas lagi sedap makan sebab dia sangat chewy . Dia ada dua jenis. Yang selalu kita tgk dlm Running Man tu spicy , tapi aku tak makan pedas sangat , so aku try ambik cheese . 

Okay , overall sedap . and dekat sini kalau korang makan , korang jugak akan dientertaint dengan cerita , music video , concert korea.Sebab dia sediakan tv. Plus korang boleh relaks la makan kat situ , lepak lepak dengan kawan. So kat sini ku bagi 3.5/5 star , sebab lidah aku masih lidah melayu. Acewahhhhhhh

p/s : sorry pasal cerita travelling aku . nanti tau :)    

The Writer ,
Amirah Azemi