Saturday, 3 January 2015

Recipe : Egg Benedict (Breakfast Western Dish)

Assalamualaikum 

*schedule post

(post lama gak , jadi malas nak edit)

Resepi kali ni untuk breakfast atau sarapan pagi . Tapi time aku buat ni aku bedal makan malam. Ada i kesah ke. haha. terus la aku terangkan resepi k. Maleh nak putar belit kan lidahkan ni . Okay , dah ready ? Set go !

Bahan-bahan


Bahan tapi bukan kuantiti yang sebenar, Nanti kat bawah aku listkan

Bahan Bahan

6 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu
2 btg sosej atau udang atau apa-apa saja utk inti
Lada dan garam secukup rasa
Cheese utk topping.

Cara Cara


1.Letakkan sekeping roti ke dalam pan muffin. (resepi ni kalau korang guna pan muffin yang ada 6 bulat tu tau)

2.Bancuh susu dan telur.
3.Masukkan inti, sosej, tuang ke dalam roti dan tabur cheese. 
4.Bakar suhu 170 selama 20 ke 30 min atau sampai masak

*note: suhu dan timer bergantung pada oven masing-masing ya*


credit : found on someone fb *no link. sorry .
 

The Writer ,
Amirah Azemi 

Friday, 2 January 2015

Recipe : Rainbow Cookies (Lidah Kucing)

Assalamualaikum 

*schedule post

Last week (post lama , so aku malas nak edit) , i was started my bussiness of selling this rainbow cookies. Very delicious , crispy and most importantly very rainbow lah . haha . Cuma nak share resepi ni , and for those yang nak try silakan . Ini adalah original resepi yang aku ambik dari kak ita , blog masam manis tapi aku olah guna ayat aku , biar engkorang faham ye *link at the end of this post . Simple resepi , tapi memerlukan kesabaran . 

Firstly , mesti ada loyang lidah kucing tu sendiri . If takde , korang boleh guna cupcake liners tu as base atau acuan lahh. haa. Currently aku dah ada loyang sendiri , tapi dulu aku pakai cupcake liners je. Okay now lets see the recipe . Dan disebabkan aku dah meniagakan biskut ini , aku akan bagi tips sikit macam mana nak dapat result yang cantik cun melecun !


Bahan-bahan : 

250 grm mentega (aku pakai westgold punya , less salty)

175 grm gula kastor

100 ml putih telur (anggaran 3 biji telur medium size)
200 grm tepung gandum
50 grm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (fungsi : merangupkan biskut)



Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru (any colour do you like , and kalau nak hasil yang cantik , guna pewarna jenis paste *lawa tapi mahal,hehe )

Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega.




Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum , tepung jagung dan emplex tadi dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Masukkan butter dengan gula kastor tadi dalam satu mangkuk dan putar guna any mixer yang korang pakai *aku guna hand mixer je . Korang putar sampai gula dengan butter dah sebati and warna dia macam pucat pucat then texture dia soft *tips pertama
  3. Then masukkan sikit demi sedikit putih telur tu tapi sebelum tu ikut arahan ni. Buat lubang dekat mixture tadi , then letak mixer korang kat tengah tengah dalam lubang tu then sambil tuang putih telur sikit sikit *tips kedua . Okay step ni untuk dapatkan texture dia fluffy gitu . Repeat sampai habisla putih telur tu .
  4. Orite step ni just pakai spatula sahaja. Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam mixture . Kaup kan je smpai sebati . Bahagikan aktiviti masukkan bahan kering at least tiga kali *tips ketiga . Ini untuk memastikan bahan korang tu sebati sebatinya . 
  5. Dah sebati semua , time for adding some colours to it ! Part ni senang je kan . Bahagi adunan kepada enam bekas , make sure sama rata adil dan saksama . Then masukkan pewarna . Selalunya aku guna 3-4 titik sahaja . Tapi depends kat korang nak colour tu gelap ke , cerah ke , terang ke , lembut ke. Dah sebati masukkan dalam piping bag atau plastik bag yang berasingan .
  6. Dan sekarang pre-heat kan oven korang to 150 C . 
  7. Sementara oven dipanaskan , barulah start piping dalam acuan . If korang nak biskut tu comel , piping halus halus je tau . Tapi kalau nak panjang panjang , lebar-lebarkan lah korang punya cara piping tu *tips keempat
  8. Antara step terakhir , dah siap piping semua , marilah kita memasukkan kan loyang tadi kedalam oven . Bakar pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit . Depends jugak dekat kuasa oven korang . Awas , jangan lebih bakar , nanti rainbow menangis .
  9. Bila dah dikeluarkan , make sure your cookies have plenty time to cool , and bolehla korang simpan dalam bekas kedap udara .


Ni contoh cara aku piping.



Okay dah siap dah biskut pelangi yang sedap lagi gorgeous ni . Hehe 





credit : Kak Ita 

p/s : total ada 4 tips aku kasi . Bolehla amalkan :)
The Writer ,
Amirah Azemi